Sejarah Kopi (Dari blog yg asal " Kopi O Senaling)
Kopi Muda
Post yang lalu kisahnya seolah olah air kopi begitu asing dalam hidup saya dan juga orang Kg. Senaling. Tetapi kalau diingat ingat sebenarya pokok kopi tidaklah begitu asing, malah pokoknya selalu ada (tanam atau tumbuh sendiri?) di pagar pagar kampung. Apa gunanya pun masih tak faham. Tidak pernah pulak tengok orang orang kampung petik dan process buat serbuk kopi. Apa yang jelas, cuma tempat anak anak bergayut sambil mengulum biji kopi yang sedikit terasa manis. Di tanah kebun abah pun terdapat sebatang pokok kopi yang tumbuh di tepi pagar bersebelahan tanah Itam Lohin. Tapi sayang tanah tu dah dijual 5 tahun yang lalu. Pokok kopi tu pun tak silap sudah tiada lagi.
Post kali ini bukanlah nak menceritkan kisah pokok kopi yag sebatang tu tapi sebab dah menjadi pengemar kopi cuba cubalah tulis sejarah buah kopi dan air kopi..tak kenal maka tak cinta..kalau dah cinta........
Kopi Masak
(berdasarkan rujukkan di internet dan cerita cerita pengemar kopi)
Kopi dipercayai mula mula ditemui di Habshah sekitar tahun 700 masihi dan penanamannya mula berkembang di dunia Arab(Yaman-850 masihi). Pengembangan pesatnya bermula bila ia diseludup ke Belanda. Seterusnya berkembang ke Eropah(1616), India(1600), Indonesia(1699), Amerika(1723) dan Africa(1717). Asal nama kopi dari perkataan Turki iaitu "kahveh".Sehingga kini kopi penjadi perniagaan pertanian yang ketujuh besar di dunia. Antara penegeluar utamanya ialah Brazil, Vietnam, Colombia, Indonesia dan India.
Sejarah Minuman Kopi
Bukti yang ada menunjukkan kopi mula diminum oleh orang Yaman sekitar kurun ke 15 dan seterusnya diperkenalkan ke India dan Eropah oleh pedagang Islam. Minuman kopi di Yaman dipopularkan oleh orang orang Sufi, sehinggakan Paderi Kristian pernah mengharamkan penggunaan kopi di kalangan penganutnya kerana ditakuti terpengaruh dengan fahaman Islam. Kopi juga pernah diharamkan pada zaman kerajaan Uthmaniyah di Turki atas sebab sebab politik. Orang orang Asia Tenggara pula mula kenal kopi bila Belanda datang menjajah Indonesia dan juga bila Perancis menjajah Indocina. Jadi begitulah hebatnya minuman kopi dalam membentuk masyarakat dunia. Jadi tak rugilah terlibat dengan minuman kopi kerana sebenarnya kita meneruskan amalan Sufi Yaman(amalan berzikir inprogress hihihi).. Itu kesimpulan yang saya buat sendiri...kalau setuju bolehlah ikut...
Kalau menebang sipohon jati
papan di Jawa dibelah sisi
kalaulah sehari tak minum kopi
umpama kereta tiada bateri...
hhihihhi....orang indon bilang ayuh ngopi yuk.....
sekian sehingga jumpa lagi...



No comments:
Post a Comment