27 oct 2020 Diusia ku genap 49 tahun seorang teman karibku di sekolah menengah (1984 - 1988 RK1,2,3, Ting 4 dan 5) pergi menghadap penciptanya. Alhamdullilah dilapangkan masa utk menziarahi keluarganya di Mantin. Terkilan jugak kerana tidak dapat menyaksikan jenazahnya kerana jenazah nya telah dibawa ke HTJ Seremban utk bedah sisat.
Aku punya beberapa nama dipanggil org yg mengenali aku.. Shafri nama rasmi ku... Pawi nama org Kg panggil.. Sab nama kawan badminton ku panggil... Chip nama beberapa org kawan sekolah panggil...Nama Chip adalah nama yg arwah ni bagi masa tahun 1986. Byk kenangan nama ni. Tapi biarlah ku simpan sebagai kenang kenangan.
Ku doakan sahabatku ini tenang di sana dan ditempatkan bersama sama org yg soleh. Aminnn
Sharin hamzah 1971 - 2020 Perjalanan terakhir dari surau ke tanah perkhuburan, yg mana arwah S/U surau ini.