Sejarah Kopi Dalam Hidup Den..... (Dari blog yg asal " Kopi O Senaling)
Assalamualaikum....
30 tahun yang lalu di kampong Senaling nak tengok orang minum kopi pun susah. Sampai sekarang pun tak ramai yang minum. Majoriti dia orang minum teh. Seingat saya pertama kali tengok orang minum kopi di Kg. Inas, Johol (sekitar awal tahun 80an). Ikut Abah ada kenduri di sana.... Bila tuang dalam cawan nampak hitam dan ada habuk habuk sikit...Abah kata air kopi....Cuba sikit perh!!! pahit....Terus tuang ke tanah...tengok dia orang selamba je minum.. Mungkin saya adik beradik dah terbiasa di rumah minum milo, manis dan enak, tapi kedua dua orang tua minum teh. Sebab apa beri anak minum milo? Mungkin terpengaruh dengan iklan TV, "minum milo badan jadi sihat dan kuat"...hhihih tapi tak kuat pun..... nanti tanya orang tua sebab sebenarnya.....insyallah
Tahun 2003 adalah tahun bermulanya saya boleh minum kopi walaupun tak kena dengan tekak tapi dah mula boleh telan. Mulanya terpaksa....Kerana tahun itu saya mula berjinak jinak untuk membela kambing. Saya mencari pekerja Indonesia tanpa permit (murah sikit) di rumah kongsi Indon sekitar Kuala Pilah (gambar sebelah). Sebahagian besar dia orang ini datang secara haram dan bekerja sebagai penoreh getah ataupun memetik buah sawit. Saya mula kenal dengan Karso, Sutrisno, Sahida dan ramai lagi...Tak tahulah sekarang mereka semua dimana... (pemutihan cabut lari kot..) Setiap kali saya datang ke rumah kongsi mereka...kopi lah hidangan istimewanya...Cawannya...hihihi....kalau cuci pun setakat kocak kocak dalam baldi aje....Tapi nak jaga hati telan aje lah...Kopi cap tupai dan kopi kapal api antara yang popular di kalangan mereka. Mula mula nak telan pun susah...secawan ambil masa sejam nak habis..tapi lama lama ok. Walaubagaimanapun tetap tak terniat langsung nak beli untuk minum di rumah ataupun hendak minum di kedai... Masih setia dengan MILO..... Disebabkan selalu minum kopi bersama akhirnya dua orang indon dapat saya pujuk dan lari dari tokehnya untuk bekerja dengan saya (ini kerja jahat jugak ni).Gaji rm400 dan makanan asas saya tanggung....termaksuklah kopi kapal api mereka. Ada kalanya bila dapat bonus samsung (setahun sekali je) saya belikan mereka AliCafe...ini lagi lumayan pak....AliCafe selaluya dia orang hidangkan bila saya datang ke kongsi mereka...AliCafe lebih enak sebab 3in1....dari sini saya mencuba pulak IndoCoffe...Singsang kopi, white coffe dan banyak lagi...Rasa kopi mula sebati dengan lidah saya tapi untuk kopi di warung warung tetap tak boleh...tak sedap...tak tahulah dia orang pakai gred apa punya kopi...bau pun macam hangit...Tapi kalau di Kopitiam tu....hehehe 3 cawan pun boleh.....Dari sinilah mulanya dari benci menjadi rindu......
Rumah usang tepi perigi,
Tempat berteduh dimalam hari,
Kini ku cari serata bumi....
Kopi secangkir pak......
Insyallah post akan datang saya akan tuliskan mengenai kopi yang pernah saya cuba serta khasiat disebalik kehitaman kopi......insyallah

No comments:
Post a Comment